Pada 18 Disember 2014 semalam aku ke seminar pekerja cemerlang dan penceramahnya ialah Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, bagus ceramah motivasinya..terangsang sedikit minda, Banyak jugalah tips untuk menjadi insan cemerlang dan di sayangi, Berubahlah Sebelum Menjadi Lebih Parah

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum hingga mereka mengubah diri mereka sendiri”(Q.S. Ar-Ra’d:11).

Bila menyebut pasal ingin menjadi pekerja cemerlang, kena mula di peringkat asas iaitu seperti permakanan yang betul (untuk elak penyakit), adab ketika di bilik air, mengetahui dan mengelakkan dari hal seperti sihir sesama mahluk, dan yang paling penting kenali diri sendiri.

Antara sedikit tips dan kata kata dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah dari  seminat tersebut ialah, kalau kita lihat seseorang tu pertama kali dan kita rasa benci, maknanya orang kita benci tersebut menyampaikan aura bencinya juga kepada kita, dan kalau pertama kali kita lihat orang kita sayang..maknannya orang tu menyebarkan aura sayang juga kepada kita. hehe..camtu lak? beliau menyarankan kita supaya sentiasa memaafkan semua orang sebelum tidur, supaya hati kita bersih.


Sebelum makan nasi dan lauk pauk,makanlah buah terlebih dahulu itu yang di sarankan di dalam islam, kerana setiap sesuatu yang disarankan di dalam alquran dan agama ada manfaatnya, kerana sifat dan zat dari buah boleh men 'nuetral' kan sifat asid kepada sifat alkali di dalam badan. Kalau kita buat ini, kita pasti terhindar dari sebarang penyakit berbahaya seperti kanser, barah dan sebagainnya, dengan izinNya, Insyaallah. Antara tips tips lain, berkenaan dengan paranormal sihir sesama mahluk yang boleh menganggu prestasi kerja kita ataupun didalam kehidupan seharian kita, ialah gangguan jin, jin ni menurut ilmuan agama dan dari DMFK sendiri, bukan seekor atau 10 ekor yang masuk ke dalam badan manusia...tapi BERKAMPUNG! berpuluh puluh ribu...sekali masuk, dan beranak pinak setiap hari seekor! peh dalam setahun je..dah ada tambahan lebih kurang 300 lebih jin, kalau 2 tahun, 3 tahun.

Berubahlah Sebelum Menjadi Lebih Parah

Jin mudah datang dan masuk ke dalam badan kita, tanda tanda kita menyeru jin bagi orang perempuan ialah  dengan memakai gelang di kaki. so, lepas ni, mana mana kaum perempuan yang pakai gelang dekat kaki tu, tanggalkan lah! gelang di kaki merupakan pintu masuk utama untuk jin kedalam badan kita.

Bagi orang lelaki, ciri ciri menyeru jin pula, dengan memakai rantai di leher dan tangan, kecuali gelang itu memberi manfaat kepada badan kita. Yang paling best ialah, berkenaan pakai jam tangan di lengan, yang terbaik ialah pakai di tangan KANAN, kerana dapat pahala dan ciri ciri insan yang bagus dan hukumnya Sunat, kerana di dalam islam sendiri, disarankan kanan dahulu dan bukan bermaksud memakai jam di tangan kiri salah, ermm tak salah pun..cuma kalau nak tambah pahala, pakailah di sebelah kanan, dan banyak manfaatnya.

Menzalimi haiwan dan binatang peliharaan di tempat yang sempit pun akan menyempitkan rezeki dan menjadikan kehidupan kita tidak tenteram walaupun duit banyak. contohnya memelihara burung di dalam sangkar yang kecil, siapa cakap burung untuk dibela? maka supaya tidak disumpah oleh haiwan berkenaan, lepaskan lah burung tersebut, jangan menyeksa haiwan tersebut. Semoga mendapat manfaat dari apa yang aku kongsikan disini, aku dapat ilmu dan aku kongsikan sedikit untuk korang. tak salah kan?

12 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. As;salam terkesan dengan tazkirah..kira tazkirah kedua yang Etuza baca selepas blog Jari Manis. terima kasih sangat2 ya Saf ada perkongsian yang amat2 bermakna. Rugi yang tak baca..di klik lalu ja begitu tak baca mana dapat tambahan ilmu kan. Ok saf..hal jam..nak ubah lah ni ke kanan..ya Allah ampunkan kami semua. amin

    BalasHapus
    Balasan
    1. ilmu yang saya dapat..saya kongsikan disini, banyak lagi. hehe..contoh seperti posisi tidur dan ketika buang air besar...

      Hapus
  2. ala saf tak amik gambar dia datu Fadilah tu..hehee..gurau ja

    BalasHapus
  3. benda baik harus dikongsikan, kerana tak semua orang tahu kan.. kan... :)

    BalasHapus
  4. Tentang aura tue. Terima kasih atas perkongsian. :)

    Jin. Ish. Susah kalau nak bercerita lebih terperinci pasal perkara ni,tapi, ikut sahaja cara islam yang betul, insyaAllah, terhindar.

    Tentang peliharaan. Hmm. Aku suka bela burung. Hmm

    BalasHapus
  5. Terima kasih atas perkongsian yang menarik dan padat ini.

    BalasHapus
  6. aku dah boleh imagine DMFK cakap. "kita.. kena selalu maafkan org lain ye... ye... barulah hidup kita berkat ye.. ye.." hehe gurau2

    part pakai jam kt tgn kanan tu aku mmg pakai tgn kanan hehe
    part prmpuan pakai gelang kaki tu -- nice. aku mohon nk share nti.

    terima kasih amar share ilmu ni. aku mohon halalkan nti aku nk share.

    BalasHapus
  7. Bagusnya tip DMFK. Power betul.. Thanks weh sbb sudi share.

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.