Semakin hari semakin banyak teknologi dan aplikasi yang wujud, maklumlah di zaman moden serba maju ini, semuanya benda yang dahulunya susah, kini menjadi mudah, segala urusan menjadi cepat, tidak perlu key in manual satu per satu, terkini..hanya perlu SCAN sahaja! Dengan ini kesilapan akan dapat di kurangkan.Tutorial kali ini berkenaan cara mudah membuat BAR CODE, korang tahu tak apa itu BAR CODE? Cara mudah yang boleh aku definisikan disini ialah, kod yang di ciptakan untuk memudahkan pengguna dengan menggunakan teknik imbasan (scan) samada melalui smartphone atau pun scanner, ataupun kod yang di dalamnya terdapat kandungan (Isi) berupa text, url address, image dan sebagainya.
Itulah bahasa mudahnya..sebagai contoh korang boleh lihat di pasaraya-pasaraya besar berhampiran korang tinggal, di mana setiap produk mereka, telah di letakkan kod kod, dan ada di sediakan alat untuk mengimbas, tujuannya untuk menyemak harga sebenar produk tersebut, dan apabila di imbas, akan di pautkan ke url address, teks (harga) atau sebagainya.
Jenis jenis barcode, ada dua (2) jenis, iaitu 1D Linear Barcode (Cth : Baris-Baris), dan 2 Dimensi Matrix Barcode (Cth : QR Code)
Bagi Agensi Kerajaan pula, mereka memudah-carakan urusan mereka dengan orang awam yang berurusan dengan meletakkan code (imej) yang lebih di kenali sebagai QR Code, mereka meletakkan BAR CODE atau QR Code di Bil Bil Cukai, Kompaun dan sebagainya, tujuannya, apabila orang awam membuat bayaran, ralat kesilapan akan dapat dikurangkan. Jika tiada kod kod ini, kekerapan kesilapan petugas kaunter (key in nombor nombor cukai/kompau) bil bil no akaun, tinggi dan secara tidak langsung, menjejaskan imej organisasi.
1) Pergi ke url : https://www.the-qrcode-generator.com
2) Kemudian (lihat Gambar 1) akan di paparkan, jika anda ingin meletakkan teks, boleh ke tab FREE TEXT, dan jika anda ingin memasukkan URL, boleh masukkan url address yang anda mahukan, sebagai contoh www.safirulamar.com (lihat Gambar 2)
Gambar 2 |
3) Selepas anda memasukkan maklumat maklumat di ruangan yang anda mahu, tekan butang SAVE (lihat Gambar 3), image boleh di SAVE dalam bentuk format PNG, SVG, EPS. Biasanya dalam format PNG dan nama kan fail imej anda di FILENAME (lihat Gambar 4)
Gambar 3 |
Gambar 4 |
Bagi Barcode jenis Linear 1D (Baris Baris), yang paling popular di gunakan ialah CODE 39, untuk memuat turun barcode ini, sila ke https://barcode.tec-it.com untuk barcode style linear.
Hanya masukkan input seperti harga atau kod barang di ruangan kosong dan akan automatik menjana barcode untuk anda. Anda hanya perlu save sebagai imej, dan cuba scan menggunakan barcode scan...
Nota : Anda boleh meletakkan imej ini, di mana mana yang anda mahukan seperti di surat, business card, letterhead, blog atau website . Dan orang yang ingin mendapatkan maklumat dalam QR CODE ini, boleh scan (imbas) menggunakan aplikasi scan code versi android yang terdapat di Play Store seperti QR Code Reader, QR Code Scanner dan sebagainya.
Atau boleh cuba Barcode Generator ini , https://barcode.tec-it.com/ . Selamat Mencuba...
salam kalau melibatkan produk untuk urusniaga kena daftar dan pergi ke page http://www.gs1my.org/?q=node/81&tab=1
BalasHapusPergi pejabat FFM. Federation Malaysia Manufacturer.
2. Apply kat sana.
3. Daftar untuk kali pertama RM300++. Lepas diluluskan kene bayar rm800 untuk 10 barcode. Minimum mmg 10 barcode. Tahun berikutnya bayar rm 240 sahaja. (untuk bisnes RM250k kebwah)
Ada spek barcode...just follow requirement procedure.
Tutorial yang saya tunjukkan di atas tu, hanya untuk website, lebih kepada persendirian. Berkemungkinan tidak menepati piawaian jika ingin menjual produk.
salam nak bertanya..kalau saya nak letakkan QR Code pada business card..tiada masalah dikemudian hari kan..sebagai contoh..bile scan QR code keluar url lain selain yg kite dah tetapkan..terima kasih.
BalasHapusKalau nak buat untuk pendaftaran mcm mana pula ye?
BalasHapusBro.kalao macam product saya dah ada register 1 bar code tapi product belum start jalan lagi kita tukar itu product nama. So boleh resubmit tak untuk tukar nama?
BalasHapusKlu sy nk buat utk barcode ladap cthnya bgaimana? boleh?
BalasHapusSaya ingin dapatkan bantuan en utk buat qr qode, boleh berikan no phone en atau en pm saya di no 0174873182
BalasHapusMmg untuk cod barang kena daftar ya
BalasHapusKena daftar legal tuan
HapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.