Aktiviti Wajib Mingguan yang biasa di lakukan ialah memancing. memancing aktiviti yang menyihatkan, dalam seminggu dua (2) kali. turun ke laut, memancing, dapat tak dapat hasil, itu belakang cerita, yang penting, seronok menyihatkan badan, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Memancing ni memang boleh dikatakan seperti pelaburan juga. haha, labur dulu duit, kalau untung dapat pulangan lumayan, kalau tak, pulang dengan tangan kosong, dan kebanyakkannya hari biasanya tak dapat ikan pun, cuba korang bayangkanlah, umpan buat ikan makan ialah udang harimau, sotong, kerang, roti, sekali beli umpan RM 20.00 bagi satu jenis umpan.
Korang tolong kira kan lah, Tapi ada cerdik pandai pernah berkata, duit beli umpan tu baik buat beli ikan kat pasar, lagi banyak dapat, ermm, inikan hobi! yang penting kepuasan! rugi tak apa yang penting, puas walaupun bawa balik gelama sebesar ibu jari. haha.
Korang tolong kira kan lah, Tapi ada cerdik pandai pernah berkata, duit beli umpan tu baik buat beli ikan kat pasar, lagi banyak dapat, ermm, inikan hobi! yang penting kepuasan! rugi tak apa yang penting, puas walaupun bawa balik gelama sebesar ibu jari. haha.
Kadang-kadang aku dapat gelama, dapat anak duri, dan yang paling aku rasa macam nak pitam, haha bila dapat ikan buntal dan sirat (ular air). Kalau dapat anak gelama atau gelama dewasa balik boleh goreng. hehe. Sebenarnya, jarang keluar memancing, kalau ada waktu lapang sahaja baru pergi, lagipun cuaca pun tak menentu, panas dan hujan.
Lebih banyak dapat ikan buntal dan sesirat (ular air)
Lebih banyak dapat ikan buntal dan sesirat (ular air)
Gambar kat atas tu, hasil yang diperolehi di Aktiviti Wajib Mingguan ini, dapat ikan kerapu dan selebihnya ikan buntal. Sedih.
Posting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.