Alhamdulillah, akhirnya dapat bawa balik ikan besar masa memancing hari itu, memang terkejut lah, tiba tiba joran bergoyang tiada angin tiada ribut, dalam hati tertanya tanya juga ikan apakah ini?  lain macam beratnya dan melawan dia. memang kuat betul rentapan ikan ini. 

Sampai je di rumah, terus beritahu emak dan minta mak masak kan, emak buat lauk kari pekat, memang halus dan lembut isinya macam ketam. Isi dia bukan main manis dan lembut, ikan ni macam ikan senangin, tapi emak aku kata, Ikan Kurau. emm, minggu depan ingat nak mancing lagi la.Pertama kali dapat ikan besar macam ini, di pantai.

Pertama kali, dapat ikan kategori terbaik seperti ini. Selalu mancing dapat ikan gelama sahaja. Bila sampai rumah, tunjuk pada emak, gembira beliau dapat makan ikan kurau, lembut isi ikan kurau ni katanya, oh baru tahu, Alhamdulillah, rezeki memancing dapat ikan kurau

dapat ikan kurau di pantai pulau melaka

Aktiviti memancing ni kena tengok nasib dan keadaan, sentiasa sabar dan berdoa padanya, redha dengan apa yang terjadi, kalau sudah tiada rezeki, maknanya tiadalah rezeki kita, pulang sahaja ke rumah, kadang-kadang dapat ikan kecik macam gelama dan anak sembilang, tapi kalau kena hari dan tempatnya serta keadaan air yang elok, boleh dapat lagi besar dari gambar kat atas tu.

Minggu depan  sasaran seterusnya adalah ikan pari dan siakap pula, Insha Allah! hehe

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar