Seperti biasa la pada setiap hujung minggu aktiviti yang di gemari aku ialah antaranya memancing di laut dan pantai. memancing ni sebenarnya memang memerlukan kesabaran yang tinggi, namun di luar dari kebiasaan, penantian pada kali ini, berbaloi setelah menunggu hampir tujuh jam akhirnya dapat hasil yang boleh di katakan agak lumayan, Alhamdulillah, rezeki, tak payah dah beli ikan kat pasar secara automatik dapatlah jimat duit dari membeli ikan kat pasar pagi. hehe.

Kalau cuaca dan keadaan air okay, bolehlah dapat ikan kategori baik seperti gelama, senangin mahupun duri. Rezeki tidak pernah salah alamat, kalau dah tertulis ada rezeki, maka dapatlah, semua dah tertulis oleh ALLAH, yang penting, kenalah berusaha dalam mencari rezeki.

Pernah juga semasa memancing, kadang kadang langsung tak dapat ikan, tapi kebiasaanya kalau pulang ke rumah, mesti bawa hasil, bukan riak jauh sekali menyombong, tapi pasti ada, walaupun kadang-kadang dapat ikan bersaiz kecik je, sudah le halus, dapat seekor pula tu. Sedih.tapi kan, kena bawa balik juga ke rumah, untuk di jadikan bahan bukti tunjuk kepada bini menunjukkan yang aku benar benar pergi memancing. haha Memancing Memerlukan Kesabaran


ikan hasil tangkapan

Pendek kata kalau buat lauk pun sedap. fresh dan manis isinya. Ikan laut, gelama dan kerisi kan, sudah pasti manis. Siap masa balik, mak sedara pula nak ikan sikit, katanya teringin nak makan, aku ok je tiada masalah, lagipun sedara mara, ok je, cuma biasalah, adat memancing, kadang kadang dapat ikan, kadang kadang tak dapat, namun tetap redha dan bersyukur.  hehe.

Menunggu nak dapat ikan ni kena sabar, berjam jam menunggu, aku semakin bertambah stress! tapi sabar dan terus berdoa, Memancing Memerlukan Kesabaran bila stress aku akan tertidur di laut. alahai. bukan senang nak dapat ikan dilaut tu, nampak gaya aku kena tingkatkan hasil tangkapan. Tawakal dan doa.

ikan hasil tangkapan

Secara keseluruhan, aku amat berpuas hati bila pemancing seperti aku dihargai dan boleh diharap. haha. kepulangan aku bolehlah diibaratkan seperti wira! Petua yang aku ingat, di ajar oleh seorang tua, kalau kita memancing bersebelahan dengan pemancing lain, dalam masa yang sama, pemancing tu mendapat rezeki (ikan) berlimpah limpah, sedangkan, kita seekor pun tak dapat, itu tandanya Allah uji, dan nak tengok hati kita, samaada bersih atau tidak, so elakkan dari iri hati dan dengki, sentiasa bersangka baik.  bermula dari waktu itu, setiap kali aku duduk bersebelahan dengan pemancing lain, jika rezeki lebih memihak kepada pemancing lain, aku akan ucapkan tahniah, senyum . Bila dah ucap tahniah dan senyum, berlagak pula pemancing tu, siap sindir aku lagi...Adoi, hurm.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.