Zaman serba canggih ni, semua kata kata kena disertakan gambar sebagai bukti ke ? kalau tak ada gambar, nanti orang tak percaya, sama seperti situasi gambar di bawah ini iaitu gambar memancing atau sebagai contoh seperti seperti sms ni : 'Bos, saya masuk lewat sikit ya, tayar kereta saya pancit, hantar kedai jap', bos pun reply semula mesej kita, 'ok, kau jangan tipu saya, mana gambar', dan situasi yang kedua, 'Bos, saya cuti kecemasan hari ini, sebab nenek saya meninggal', bos membalas mesej, alahai, tahun ini, sudah enam (6) kali nenek kau meninggal, kau ada berapa orang nenek ni?   

Itu situasi yang biasa kita dengar, situasi aku pula, lagi sedih, rasa macam nak menangis pun ada, yelah kerja hakiki pun sebagai web designer, dan kerja bab-bab manipulasi gambar memang 'makanan', kadang kadang bila kita bersama rakan-rakan bercerita pasal sesuatu hal yang kebetulan kita pun pernah melaluinya dan kebetulan ada ambil gambar sebagai kenang-kenangan dalam telefon, saja je nak kongsi dengan rakan rakan untuk tatapan mereka, bila tunjuk gambar, kita rasa macam bangga gila lah wei, maknanya kita takdelah cakap kosong! tapi yang kesiannya, 

Diorang jerit cakap, gambar edit ke? bohong la! Allah, macam mana lagi aku nak buktikan wei.
 
Gambar Ini Bukan Edit

Sudah tunjuk gambar, pun orang masih tidak percaya, payah kalau jadi designer ni, di tambah lagi kalau pandai guna photoshop, apa lagi bukti yang aku nak tunjuk ? haha ini bukan tipu! ini betul-betul lah! kalau gambar pun orang dah tak percaya, ini kan pula sekadar bercakap kosong je., ok kalau tak percaya, sudahlah, kalau aku tipu, aku berdosa dan Tuhan je yang tahu! Ini Bukan Gambar Edit.

3 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. wahh web designer , salah satu bidang parihh minat . tapi ikan tu ? mak aiii besar btul hahaa

    BalasHapus
    Balasan
    1. Itu gambar betul tahun lps masa pg endau..tpi member kta gmbr edit..hanya designer faham designer..
      Skrng kan zaman superimpose...kau percaya ke tak ni ??;)

      Hapus
  2. Hehehe..sabar ye..xpe2 Cik Mimie percaya :)

    BalasHapus

Posting Komentar