TABLE OF CONTENTS
TABLE OF CONTENTS

Macamana nak buat TABLE OF CONTENTS atau TOC? Apa itu TABLE OF CONTENTS ? nama melayu nya ialah isi kandungan. Masih ada lagi yang membuat isi kandungan secara manual, di mana amat menyusahkan dan lambat sebenarnya. Jika tahu bagaimana mahu membina TABLE OF CONTENTS, segala-galanya menjadi mudah dan cepat, semuanya akan secara automatik, tidak perlu lagi mengubah nombor secara manual, tapi macam mana cara cara nak buat isi kandungan ini?

Ikuti langkah langkah yang diberikan, jangan skip, tiada jalan pintas untuk berjaya.


1) Taip tajuk utama terlebih dahulu, taip ja, tak kisah sebarang jenis font atau saiz di peringkat ini. (sila lihat gambar 1)

TABLE OF CONTENTS
gambar 1

2) Ok selepas selesai langkah 1, anda di khendaki hightlight semua tajuk teks yang anda tulis seperti di (gambar 1). dan untuk membina TABLE OF CONTENTS, anda perlu menukar tajuk teks tersebut kepada font style jenis HEADING, sebagai contoh pilih heading 1. (lihat gambar 2).

TABLE OF CONTENTS
gambar 2
3) Selepas menukar dan hightlight kepada style jenis HEADING 1 (lihat gambar 2), sila UNHIGHLIGHT (lihat gambar 3) kan tajuk teks tersebut. TABLE OF CONTENTS tidak akan berfungsi bila tajuk teks dalam keadaan HIGHTLIGHT.

TABLE OF CONTENTS
gambar 3
4) Selepas selesai proses langkah 1,2 dan 3, sila pergi ke tab menu REFERENCES, dan pilih TABLE OF CONTENTS.(lihat gambar 4)

TOC
gambar 4
5) Sila tekan Table Of Contents, dan pastikan tajuk teks tidak di highlight kan, selepas anda menekan butang TABLE OF CONTENTS tu, anda akan diminta supaya memilih jenis jenis TABLE OF CONTENTS. (lihat gambar 5).

Cara Cara Untuk Membuat Table Of Contents
gambar 5

6) Selepas anda memilih jenis jenis TABLE OF CONTENTS dan tekan sekali, akhirnya TABLE OF CONTENTS anda telah berjaya di hasilkan. (lihat gambar 6)

Cara Cara Untuk Membuat Table Of Contents
gambar 6
 7) Selepas TABLE OF CONTENT berjaya di hasilkan, anda perlu meletakkan tajuk-tajuk teks, tersebut di muka surat mana yang anda mahukan dan sepatutnya (lihat gambar 7)


Cara Cara Untuk Membuat Table Of Contents
gambar 7
8) Selepas itu, untuk melihat samaada bilangan TABLE OF CONTENT di kemaskini, gerakkan kursos ke TABLE OF CONTENT yang dibina sebentar tadi, dan tekan sekali. paparan seperti di bawah akan muncul (lihat gambar 8). selepas menekan sekali, anda akan dapati, arahan update table muncul (lihat gambar 8).

Cara Cara Untuk Membuat Table Of Contents
gambar 8
9) Gerakkan kursor ke UPDATE TABLE, dan tekan sekali, anda akan dapati tetingkap baru popup akan muncul dan pilih dan tekan update entire table . (lihat gambar 9)

Cara Cara Untuk Membuat Table Of Contents
gambar 9

10) Selepas anda selesai langkah 9, anda akan mendapati NOMBOR MUKA SURAT DI  TABLE OF CONTENTS berubah. (lihat gambar 10).


Cara Cara Untuk Membuat Table Of Contents
Gambar 10
11) ANDA HANYA PERLU MENGALIHKAN TAJUK SAHAJA, jika terdapat penambahan maklumat, hanya alihkan tajuk heading. dan selepas itu, hanya update table table seperti di gambar 8, dan lihat hasilnya selepas itu.  SELAMAT MENCUBA! DAN SEMOGA BERJAYA.

5 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. wah, siap ada ajar pasal ni lagi. bagus-bagus. haha. ada tutor pasal latex tak?

    BalasHapus
    Balasan
    1. Untuk budak budak sekolah. Kalau nak cakap benda yang sama penat..so, suruh dia masuk blog ni..je..baca satu satu

      Hapus
    2. Latex bagus juga..org matematik dan economic guna software ni..untuk bina document. But for now, our client do not use this software scra meluas.

      Kena study dululah .;)
      Microsodt office world wide and many user for now .

      Hapus
  2. owhh utk budak skolah.. bagus jugak benda2 ni semua. boleh Ana terus bookmark je blog Amar ni. senang nti buat class hehe

    mohon kebenaran sharing ilmu2 blog amar ni ye :)

    BalasHapus
  3. bukan budak sekolah pon buat yg manual. kenapa la tak jumpa tutorial gini zaman belajar dulu. haha

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.