Kadang kadang betul kata bijak pandai, kita tak perlu berkata-kata, hanya menunjukkan sekeping gambar sahaja, mampu menerangkan 1000 perkataan, seperti pepatah inggeris pernah berkata (A picture will describe and worth than  a thousand words), kekusutan ini dah tak tertanggung, hanya mampu diterjemahkan di dalam lukisan sahaja. Tuhan jadikan setiap sesuatu itu berpasang pasangan, ada bulan ada pula matahari, sejuk dan panas, barat dan timur, lelaki dan perempuan dan sebagainya, begitu juga dengan kusut, di sebalik kusut akan ada ketenangan, bila kita benar benar menghayati kekusutan dan menterjemahkan dalam bentuk lukisan dan mewarna, 

Ok, kita kembali kepada topik iaitu kusut itu adalah Seni , tahukah anda di sebalik kekusutan pasti ada keindahan di sebalik itu? aku sangat kusut hari ini di pejabat, banyak benda yang nak kena putuskan segera, tekanan dengan orang yang suka menolak kerja, orang yang menunding jari tanpa berbuat apa apa, orang yang pandai berkata kata tanpa tindakan dan, memang stress dibuatnya wei! Tapi, apa boleh buat, lebih baik berhadapan dengan pokok dan haiwan, mereka pun faham dan tak banyak hal.

Itu yang terhasilnya lukisan di bawah ini, haha , seni ini nama nya ART THERAPHY! art theraphy adalah proses menghilangkan stress, dengan cara imaginasi dan melukis, lukis apa yang kita rasa dan terlintas di otak kita pada waktu itu.

Kusut Itu Adalah Seni

Selepas lihat lukisan sendiri ini, rasa makin stress lak, tapi bila lihat banyak warna, rasa tantrum kurang sikit, ok, sabar dan siapkan semua kerja kerja perlahan lahan tanpa mempedulikan suara suara mahkluk asing yang menganggu!! kadang kadang aku mencuri masa dengan melukis dan mewarna walaupun tidak pandai dan hasilnya aku berjaya menghasilkan kekusutan di dalam bentuk lukisan yang kusut masai seperti di atas!

Apabila aku lihat semula lukisan aku yang penuh dengan warna warni, aku kembali ceria dan baru aku tahu, yang kusut itu adalah SENI rupanya jika di hayati! Untuk makluman korang, salah satu cara untuk menghilangkan stress ialah dengan mewarna, dan cara ini di panggil ART THERAPHY! Hanya aku sahaja yang faham apa yang aku lukis..ada faham  ? 

9 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Salam mesra ;)

    Jemput join segmen CN yer ;)

    http://www.cekgunorazimah.com/2014/11/segmen-bloglist-januari-2015-by-cn.html

    BalasHapus
  2. Kusut itu seni??pening kepala tengok..conteng muka boss ke tu?huuhuuu

    BalasHapus
  3. Hahaha hey i know what you mean... mewarna itu therapy ;3

    salam kenal, dari blog anamizu ^^

    BalasHapus
    Balasan
    1. Slm kenal....
      Pandaiiiiiiiiiiii......bila strrsss cuba mewarna...heee

      Hapus
  4. kalau sy nak hilangkan stress dengan menconteng. .hahaha. .memang boleh hilang stress tu. . :D

    BalasHapus
  5. tu betol stress tu. bersimpang siur dah nengoknye haaaa. tp xpe ada seni. kaler-maler bagaikan pelangi kikiki

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.