Sebagai seorang bloggers, programmer ataupun yang berkaitan dengan perniagaan di atas talian (online) seperti menggunakan blog atau website, anda memerlukan plug in tambahan seperti add-on Firebug (inspect element) untuk mengenal pasti kedudukan koding (script) dan CSS anda.

Firebug juga membantu anda dalam melakukan penambahbaikan website anda, tanpa detecter seperti firebug inspect element ini kemungkinan anda akan 'muntah' bila melihat script seperti HTML, CSS atau script yang panjang berjela. Hanya gerakkan tetikus kursor di mana mana halaman website yang anda mahu ubah, dan tekan kanan (right click) dan pilih Inspect Element

Senang sikit nak mengesan kedudukan coding, jangan risau dengan perubahan kerana ianya hanya seketika. Di pelayar web google chrome, inspect element telah tersedia secara automatik, apa yang perlu anda buat, cuba tekan kanan (right click) dan tekan INSPECT ELEMENT, anda akan dapati script berupa CSS dan Script koding di bahagian bawah, anda boleh mengubah, dan perubahan itu hanya sementara sahaja. jika refresh ia akan seperti sediakala. Mari lihat langkah langkah di bawah macam mana install add on Firebug di browser Mozilla firefox. Lebih mudah jika menggunakan pelayar web jenis Chrome.

Cara cara install firebug inspect element di mozilla firefox

1) Buka browser Mozilla firefox anda, dan pergi ke menu TOOLS di Menu Bar anda. seterusnya pilih Add-ons (lihat gambar 1)
Cara cara install firebug inspect element di mozilla firefox
gambar 1

2) Seterusnya, pergi ke carian (searching) dan taip Firebug, untuk makluman ada berbagai bagai jenis untuk inspect coding, aku lebih selesa menggunakan Firebug (gambar lipas) haa..(lihat gambar 2)

Cara cara install firebug inspect element di mozilla firefox
gambar 2

3) Selepas itu, pilih firebug dan install.

Cara cara install firebug inspect element di mozilla firefox
gambar 3
Bagi pembangunan blog, susun atur blog, ubah segala macam seperti yang korang dapat lihat di blog aku sekarang ni, aku banyak menggunakan inspect element untuk mengenalpasti coding dan CSS, dan selepas mengenalpasti, aku ke template dan pilih HTML untuk melakukan perubahan. Tapi sebelum itu, sila backup blog anda terlebih dahulu, bila bermain dengan INSPECT ELEMENT, anda perlu melakukan trial and error, dan cuba lihat terlebih dahulu apa output dari inspect yang korang buat tu..jangan risau, perubahan yang di lakukan hanyalah sementara.  cuba lihat gambar 4 dibawah.

Cara cara install firebug inspect element di mozilla firefox
gambar 4
Semoga berjaya dan sedikit sebanyak memberikan info kepada kalian semua. Ini Cara cara install firebug inspect element di mozilla firefox.

4 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar