Salam semua, cuti hujung minggu sudah tamat...dan esok kembali bekerja..ermm, sedih! baru sempat update entri yang terbaru, sebab ada urusan kerja yang perlu di selesaikan di hujung minggu..preparation untuk mengajar membina laman web di Port Dickson...

Namun di dalam kesibukan tugas, masih sempat jengah blog aku...melihat entri rakan rakan, dan reply entri mereka..bukan susah pun, guna handphone je kan..hanya perlu register emel bloggers anda di handphone...sahaja, menaip komen hanya semudah menaip di whats app....hehe, Mari lihat apa perkara yang wajib aku buat ketika melayari blog sendiri...ini untuk memastikan blog kita sentiasa dikunjungi oleh rakan rakan blog dan orang luar...ketika membuat carian di google.

1) Sentiasa Semak reputasi blog di Google Webmaster Console

Google Webmaster Console

https://www.google.com/webmasters/tools/home?hl=en

Sentiasa semak reputasi blog di google webmaster, bukan apa, untuk pastikan tiada error, aku ni tak suka kalau ada error, at least takde lah terlalu banyak error seperti broken link, crawl dan lain lain, dan kalau boleh MINIMUM ERROR. Apa guna cantik luar, tapi dalam...tak cantik ? betul tak ? 

Ini penting supaya setiap artikel kita di INDEX oleh robot di google.

2) Baca Entri - Entri terbaru Blog hebat rakan rakan di blog list aku.

Ini juga perkara wajib yang aku akan buat bila akses blog sendiri ialah....akan melayari dan menyemak blog blog rakan yang hanya terdapat di bloglist sahaja...untuk melihat status terkini mereka, dan memberi pandangan / komen.....hehe

3) Lihat Komen rakan rakan di blog aku.

Jika ada komen, aku akan ambil iktibar dari setiap komen komen mereka.....dan jika tiada...tak mengapa, mungkin mereka masih belum berkesempatan.

4) Membetulkan Susunan Widget dan Remove apa yang perlu.

Aku suka customize coding HTML di blog...dan kalau boleh mahu remove widget yang agak 'menyusahkan' seperti nuffnang...sebab iklan iklan mereka kadang kadang tak papar,,,dan dalam masa yang sama...membuatkan blog aku 'berat' dan mengambil masa yang lama untuk loading....

5) Membetulkan Susunan Widget dan Remove apa yang perlu.

Suka tekan F5 Refresh browser page, Bila tekan refresh browser (F5) , Setiap blog ada statistik nombor kan? kadang kadang bila refresh banyak kali....statistik tu akan berubah sekejapan meningkat...kahkahkah

Formula Kurus

Itu sahaja...5 aktiviti atau perkara yang wajib aku lakukan...bila aku akses blog aku...baik melalui laptop mahupun di smartphone....Selamat malam semua.

5 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Asalam Saf terima kasih ya tips untuk blog berguna kepada blogger lainnya

    BalasHapus
  2. Tahniah dan terima kasih membaca entri Etuza di blog

    BalasHapus
  3. baru hari saya tahu perkara 1 tu .. terima kasih berkongsi.

    BalasHapus
    Balasan
    1. Google Webmaster ini...boleh di katakan juga sebagai Back end sesuatu blog...tools utk membaiki error...
      Bila berjinak dengan blog...kadang kadang...kita menghadapi pelbagai ragam bloggers....

      1) Masalah Broken Link...
      Ramai bloggers..yg gemar update entri..lepas tu padam...dan dalam masa yg sama...akan effect pada blog rakan rakan yg lain...

      Hapus
  4. seronok baca tips dan perkongsian yang terdapat di blog ini =) ,terima kasih juga sebab selalu lawati blog saya

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.