Alhamdulillah, selesai akhirnya kursus latihan Laman Web kepada seluruh kakitangan tentera di institut kejuruteraan tentera darat yang bertempat di port dickson, Bengkel ini sebenarnya adalah untuk siri yang kedua, di mana tujuannya, untuk menambah baik laman web sedia ada, dan selepas selesai bengkel, maklumbalas yang di berikan oleh peserta kelas, semuanya memberi respon yang positif, Pertama kali mengajar di dalam Kem Tentera, kenalah mengikut undang undang mereka, tepati masa, disiplin dan melaporkan diri setiap kali keluar masuk. 

Sepanjang bengkel ini berlangsung,  mereka telah di ajar proses dari awal, iaitu dari proses installation web server, installation module/plugins hinggalah ke fasa pembangunan laman web, modul kursus ini bukanlah sepenuhnya berkaitan dengan perisian joomla sahaja, ada juga menyelitkan pembelajaran bagi perisian adobe photoshop dan  serta asas koding berasaskan web iaitu HTML dan CSS, tujuannya adalah untuk membaiki error dan memudahkan peserta kursus membuat customize kepada laman web mereka. Sebagai pentadbir laman web, asas asas ini tidak boleh di pandang remeh dan perlu tahu.

Pentadbir laman web tidaklah hanya sekadar mempunyai pengetahuan bagaimana mahu membangunkan kan laman web sahaja, malah perlu juga mempunyai asas rekabentuk dan sedikit ilmu berkenaan asas koding berasaskan laman web seperti HTML dan CSS. 


Kebanyakkannya peserta yang hadir ke kelas sebelum ini, ada juga yang pernah membangunkan laman web seperti web perniagaan atau sebagainya, cuma tidak berapa sempurna kerana tiada asas rekabentuk (design) di mana laman web menjadi serba tidak kena, dan di dalam Bengkel Laman Web Di Port Dickson, mereka mengambil peluang untuk bertanya segala yang berkaitan permasalahan laman web dan peserta didedahkan sedikit asas HTML, Jquery, CSS untuk menampakan laman web itu lebih menarik dan responsive.

Secara keseluruhan, banyak juga perisian yang mereka pelajari sepanjang empat (4) hari kelas berlangsung, dan kesemua peserta terdiri daripada pengendali laman web dari markas tentera seluruh Malaysia, dalam kesibukan mereka menjaga keamanan, mereka tetap memastikan ICT menjadi penghubung utama antara mereka seterusnya dapat menyalurkan maklumat melalui laman web.

Alhamdulillah, mereka berjaya menyiapkan laman web yang lengkap dengan banner web jabatan mereka dan menghasilkan poster untuk di letakkan di web, customize module position, dan yang paling penting, peserta kursus gembira kerana berjaya membuat sebuah laman web. yang penting, objektif untuk memaparkan info tercapai.

kursus laman web di IJED portdickson

Di hari yang terakhir sebelum perasmian penutup, setiap peserta di kehendaki membuat presentation, dan mereka meminta aku memilih tiga laman web (3) yang paling terbaik, Alhamdulillah, semua nya terbaik dan berjaya membina sebuah laman web. 

Kalau nak mengajar ni kena ajar dengan cara dan bahasa yang mudah di fahami, Barulah pelajar faham apa yang kita sampaikan, Ok, mari kita lihat laman laman web yang berjaya mereka hasil kan, gambar aku ambil tak banyak, sebab jadi juri penilai kan, tak ada penolong nak bantu.  haha


kursus laman web di IJED portdickson

kursus laman web di IJED portdickson

Terima kasih kepada Kem Tentera Port Dickson (IJED) kerana memberi peluang kepada saya untuk memberikan secebis ilmu kepada tuan/puan semua, harapan saya semoga berjumpa lagi di lain hari, dan jangan lah serik untuk berhubung dengan saya untuk pertanyaan atau sebagainya.

7 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Tahniah sahabat blogger Saf..terbaik..setuju sekali mengajar kena cara mudah baru difahamai

    BalasHapus
  2. Asalam Saf..boleh ajar kah cara nak log in semula akaun blog yang kita tak tahu atau kita lupa pasword. email kan kat saya ya..boleh tak bantu..email ke amohdazali263@gmail.com

    BalasHapus
  3. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda telah terpilih sebagai salah seorang pemenang SPM Fever Giveaway! Untuk makluman lanjut dan cara untuk menuntut hadiah anda, sila klik pautan di bawah. Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2017/12/senarai-pemenang-spm-fever-giveaway.html

    BalasHapus
  4. Balasan
    1. Mudah....boleh call atau whats app saya kalau nak join kelas

      Hapus
  5. tahniah menjadi pemenang SPM Fever Giveaway!

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.