Di dalam kemeriahan zaman teknologi gadjet dan aplikasi media sosial seperti we chat, whats app, telegram dan sebagainya, sedarkah kita yang SMS adalah medium paling penting sekali sebenarnya, walaupun telah tidak digunakan lagi, kerana lambakan dari media sosial yang menyediakan perkhidmatan yang percuma, berbeza dengan sistem pesanan ringkas seperti (SMS) yang menyediakan cas perkhidmatan. Lebih baik menggunakan aplikasi media sosial yang percuma kan?tapi di dalam kemeriahan orang menggunakan media sosial, sistem SMS ini janganlah dilupakan, kerana ada transaksi melibatkan SMS seperti TAC nombor, verification reset dan sebagainya.

Menjadi lebih haru biru, apabila smartphone canggih yang kita guna, Tidak Terima Notifikasi SMS Berkenaan Nombor TAC, macam mana nak ke proses seterusnya urusan pembayaran aku ini? terpaksalah menggunakan cara manual konvensional dengan pergi ke cash deposit machine (CDM) terpaksa beratur panjang.  

Macam mana nak membaiki kalau Tidak Terima Notifikasi SMS Berkenaan Nombor TAC?  Tutorial Tidak Terima Notifikasi SMS Berkenaan Nombor TAC di bawah ini adalah tutorial panduan bagi telefon  versi Oppo F9, walaubagaimanapun korang boleh menggunapakai term panduan ayat yang digunakan.


Mari kita lihat tutorial Tidak Terima Notifikasi SMS Berkenaan Nombor TAC ini, bagaimana membaiki SMS notification, tutorial bagaimana membaiki SMS notification yang di tunjukkan ini bagi smartphone jenis OPPO F9, tapi boleh juga di guna pakai bagi oppo versi sebelum, mungkin caranya sama.

Cara cara membaiki Tidak Terima Notifikasi SMS Berkenaan Nombor TAC ini ialah ; 

1) Pergi ke Setting (gambar gear) di smartphone anda, seterusnya ke System Apps (tekan sekali) , rujuk gambar 1a di bawah

Tidak Terima Notifikasi SMS Berkenaan Nombor TAC
gambar 1a
 2) System Apps akan kelihatan seperti di (gambar 1b di bawah)

Tidak Terima Notifikasi SMS Berkenaan Nombor TAC
gambar 1b
 3) Rujuk gambar 1b di atas, dan cuba cari Messages. dan tekan sekali (lihat gambar 1c di bawah)

Tidak Terima Notifikasi SMS Berkenaan Nombor TAC
gambar 1c

4) Gambar di atas akan di paparkan (Gambar 1c), dan proses terakhir cuba tekan pada Block Messages dan cuba lihat pada ayat Block Messages From Unknown No. Sila Disable kan (Unthick), Kenapa perlu disable kan? Smartphone akan blocking nombor nombor yang tidak dikenali, ada ke orang save nombor 5-6 digit dalam telefon? tapi bagaimana dengan nombor 5 digit seperti 66563 ? 66628 ? disable kan pada bahagian tu, dan inshallah selepas ini, anda akan terima SMS Notifikasi, dan masalah seperti tidak Terima Notifikasi SMS Berkenaan Nombor TAC selesai, jangan runsing lagi. 

Tidak Terima Notifikasi SMS Berkenaan Nombor TAC

5) Ada banyak faktor sebenarnya kenapa kita tak terima SMS verification, antaranya seperti akaun bank kita kena block freeze dengan alasan dormant (wang tidak cukup) atau sebab terlalu kerap apply TAC number, mungkin pihak bank akan block dari menerima nombor TAC juga. Harap artikel ini bermanfaat, semoga berjaya dan selamat mencuba. 

5 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Nice info bro. Biasa aku tak dpt tac ni sbb dah tukar no phone. Pastu tak update no baru kat bank je. so kalau pakai 3310 pun takkan dpt sms gak la cite dia. Haha..

    BalasHapus
  2. tapi kan haritu ada sorang pakcik tu dtg kat pusat internet & minta tlg aku utk kemaskinikan BSH 2019 dia.

    dan utk kemaskini BSH, pemohon perlu ada no telefon asal masa berdaftar BR1M dulu (pakcik tu tak pernah tukar no tefon pun) tapi bila request no TAC utk BSh tu, 2-3 kali cuba pun masih tak dapat jugak no TAC tu.

    pd hal telefon pakcik tu nokia 3310 series punya je. bila dah cuba 2-3 kali, takde dpt jugak no TAC kat telefon pkcik tu terpaksalah bgtau pkcik tu kena pergi jugak ke kaunter LHDN utk urusan sbb aku tak berjaya nak bantu disbbkan no TAC tak dapat-dapat.

    BalasHapus
  3. huahhh...rase nak nangis da...sb xtau ape lg y x kena ni...sy x tukar nombor. just tkr telco n tkr phone. tp knp msj tac/otp x dpt². mase dkt phone/telco lama...dpt la jg wlupun ssh...mcm nk kena call org dlu...br msj akn msuk. tp skang phone/telco baru...x dpt lgsg....byk bnd nk buat y perlu no tac ni....tolong la bantu...sb da buntu sgt. aritu call maybank. die kata tkr telco pn kdg kena update n dorang. so da update pn tp still x dpt² jg...huahhh...helppp

    BalasHapus
  4. huahhh...rase nak nangis da...sb xtau ape lg y x kena ni...sy x tukar nombor. just tkr telco n tkr phone. tp knp msj tac/otp x dpt². mase dkt phone/telco lama...dpt la jg wlupun ssh...mcm nk kena call org dlu...br msj akn msuk. tp skang phone/telco baru...x dpt lgsg....byk bnd nk buat y perlu no tac ni....tolong la bantu...sb da buntu sgt. aritu call maybank. die kata tkr telco pn kdg kena update n dorang. so da update pn tp still x dpt² jg...huahhh...helppp

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.