Menu makan saya malam ini ialah sayur bayam brazil, nampak ringkas menu ini, tapi bagi aku tak lengkap makan malam kalau tak ada sayur, lauk tambahan yang lain ialah seperti asam pedas ikan parang, tempe, tauhu goreng dan buah buahan sebagai pencuci mulut.
Seronok bila kita makan hasil tanaman yang kita tanam sendiri, semai dari benih, awal pagi lihat bercambah membesar, dan bila sampai masa matang, boleh dipetik dan goreng, gembiranya hati apa yang kita tanam menjadi dan membuahkan hasil.
Itulah dia, hasil berbudi pada tanah akhirnya membuahkan hasil, kita yang mendapat manfaat.
Pertama kali makan sayur bayam jenis ini, memang sedap ranggup wei, biasanya kalau makan bayam pun , yang jenis bayam merah tapi berbeza sikit rasanya dengan bayam brazil, Alhamdulillah. syukur apa yang ada, ini pun dah kenyang dan syukur Alhamdulillah.
Makanan sihat nampaknya
BalasHapusSekarang famos dah bayam brazil ni kan.
BalasHapusAda member office jual bayam brazil goreng tepung satu bekas 5 hengget sedap jugak...
Posting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.