Dulu ada seorang rakan pernah tegur kalau jumpa orang tua, orang compang camping, pengemis, atau sesiapa sahaja asalkan pelik, layan je, kalau orang tu ajak berbual, borak lah, kalau orang tu minta duit, sedekah kan apa yang ada. Aku pun tanya dia kenapa wei? Dalam kepala otak dah fikir macam macam, contoh nya oh, mungkin hidup di dunia ini sementara, bina la hubungan baik sesama manusia, bak kata Ustaz di taman aku, Ibadah seorang muslim itu bermasalah jika dia tidak baik hubungannya dengan sesama muslim lainnya. Hablumminannas , bina lah hubungan baik sesama manusia, baru ibadah kita menjadi betul.
Rakan aku pun jawab soalan aku tadi, kenapa kalau jumpa orang compang camping, orang pelik, atau orang tua kena layan dia baik baik ?, dia kata mungkin orang itu malaikat, siapa tahu? mana tahu 'dia' saja nak test manusia. Mana tau, kau bagi dia seringgit, tahu tahu dalam beg duit kau tiba tiba ada RM 1000.00. Wow! Terbaik rakan aku ni (Kesan dari banyak tengok cerita kartun dan drama kungfu hongkong) begini la jadinya.
Selepas dari hari itu, aku baik dengan semua orang, tak kisahlah, bersedekah walaupun sedikit nilainya, hati jadi tenang...bahagia dia lain macam...bukan nak harapkan balasan, hanya belajar memberi, Kadang kadang tertanya juga, siapa orang tu, perhatikan juga gerak geri orang tu, mana tau hilang di bawa angin atau sebagainya...haha..
Tadi terjumpa lagi pakcik ni, bagi aku dia ni rare, dan seronok bila bersembang dengan dia..tengah makan, tiba tiba pakcik tu ada kat kerusi depan aku...huh! Dalam kepala otak terbayang muka kawan aku yang seperti buah binjai tu.
Tak selalu terserempak dengan pakcik ini, cuma pakcik ni selalu hadir ketika aku down ceh. Dia selalu ada, even di mana mana kedai di sekitar, tahu tahu muncul je dan tak bercakap sangat pun, tapi bila dia ada, aku lupa sekejap masalah aku. Bagi aku, dia seorang yang baik, tak aniaya orang lain, dan dia 'ada' selalu dengan aku.
Aku hormat pakcik ini sama seperti hormat ayah sendiri. Cuma baru baru ini terjumpa dia, dia tak berapa sihat, sempat pesan dia, jaga kesihatan dan kurangkan rokok, kalau singgah kedai ubat cina, shinsei beli buah goji, baji untuk masalah kencing manis dan buah pinggang. Layan orang baik baik, jangan aniaya orang, Inshallah, jalan hidup kita dan urusan kita di permudahkan Allah. Amin.
Posting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.