Salam dan selamat pagi semua, di harapkan semua sihat hendaknya, hari ini baru berkesempatan untuk melihat blog dan membuat rutin harian seperti biasa iaitu menyemak emel, blogwalking blog rakan rakan yang terdapat didalam bloglist ini. Sebenarnya saya dan anak baru lepas pulih dari demam influenza, demam influenza ini sangat seksa di buatnya, badan seram sejuk panas, suhu badan tak menentu, putus selera makan. Bagi dewasa seperti saya ini tak apa la juga, bagaimana pula dengan kanak kanak yang berusia 5 tahun ? Memang menderita sekejap la, Huh
Semasa demam hari itu, memang ada terdetik niat di dalam hati, jika anak sembuh dari demam influenza seperti sediakala, ingat nak bernazar sedekahkan pisang di surau yang berhampiran. Ingat semasa perjalanan menuju pulang ke rumah, nak singgah sekejap di surau berhampiran untuk sedekah kan buah buahan ini. Niat semata mata untuk beri orang makan dan mendoakan kesejahteraan kami.
Bersedekah banyak ganjarannya dan kebaikan di sisi Allah, dalam rezeki kita, mungkin ada terselit rezeki orang lain, ala bukannya mahal pun, nilai yang sedikit itu, tapi besar bagi yang menerima.
Better late than never.
BalasHapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.