Artikel ini berkenaan aktiviti memancing pada hari minggu yang lepas, tempat yang sama juga pernah dapat ikan pari dan ikan kurau, boleh baca artikel dapat ikan pari di sini . Tapi, kali ini dapat ikan aneh fizikalnya dan kelihatan pelik, orang setempat menggelar ikan helikopter, entah kenapa di panggil helikopter tak berapa pasti, rasanya sebab ada sayap dan duri tajam di bahagian atas badan kot.
Ada iras macam ikan bawal tapi dalam masa yang sama, macam kuda laut pun ada muncungnya, cuma masa bawa pulang ikan ini nak siang dan goreng, fikir banyak kali jugalah sama ada beracun atau tidak ikan ini? Selamat untuk di makan? takut berbuih mulut nanti, kesudahannya selepas goreng, aku tak berani nak makan, sebab terbayangkan kuda laut, dan beri kucing di rumah je yang makan, kucing makan berselera wei, sampai minta tambah nasi (meow meow).

Sebenarnya, target ikan pada hari itu ialah ikan gelama, ikan siakap dan ketam bunga, tapi ikan yang lain pula melekat di mata kail, walaubagaimanapun, tetap bersyukur atas pemberianNya pada hari itu. Kita hanya merancang, selebihnya Allah yang tentukan. Boleh lah dari tak dapat langsung pulang tangan kosong Dapat Ikan Helikopter Semasa Memancing pun dah syukur.
Lama juga tak pergi memancing di laut, cuma tergerak hati hari tu datang memancing semata mata melepaskan (rindu dendam). Niat memancing hanya sekadar mengisi masa yang terluang hanya berserah padaNya, cuma fizikal keadaan ikan helikopter ini pelik sedikit.
Cuaca panas terik bahang masa memancing hari itu, ingat dalam minggu depan, nak datang memancing semula di situ, nak dapatkan ikan parti atau senangin. Secara keseluruhan, pada hari itu, hanya dapat empat (4) ekor ikan helikopter dan seekor anak ikan buntal. Haha.
Semoga ada rezeki ya tuan Saf
BalasHapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.