Salam takziah buat keluarga Abam Bocey yang telah pergi meninggalkan kita semua menghadap ilahi akibat demam panas dan tidak sihat sejak dua hari yang lalu, satu persatu insan seni pergi meninggalkan kita semua, Sesungguhnya Mati itu benar, Alam Barzakh itu benar. Kita semua pasti akan menemui Pencipta tidak lama lagi dan bakal menjadi jenazah, memang tak sangka pelakon, penghibur dan pelawak terkenal, Abam Bocey telah pergi menghadap ilahi pada pagi ini, semua mahkluk yang hidup di dunia ini, pasti akan mati, tiada siapa yang dapat mengelak kerana janji Allah itu pasti. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan seorang anak kecil berusia lima (5) bulan, dikhabarkan akibat demam.

Pelawak yang sangat menghiburkan, lawaknya bersahaja dan secara semulajadi, terima kasih kerana pernah menghiburkan kami semua di kala kami dalam keadaan runsing dan kekusutan di dunia fana ini. Terima kasih kerana pernah membuatkan kami tersenyum seketika, lawak yang paling kelakar, masa abam boceh bawa kuda dan unta di atas pentas. Memang kelakar juga lah masa tu. Secara peribadi padangan aku, kekuatan Boceh itu adalah dari Abam. Tanpa dia, tiadalah Bocey. Masing masing ada kekuatan yang tersendiri, berbeza dengan Abam yang secara total menjadikan Bocey di kenali dan menjadikan antara salah satu kumpulan pelawak yang terbaik di dalam negara kita.

Pelawak Terkenal Pergi Menghadap Ilahi

 Pelawak Terkenal Meninggal Dunia

Kepada sesiapa yang membaca artikel ini, tolong doakan yang baik baik buat roh beliau, semoga Allah menyayangi dan meredhai roh Allahyarham, sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali,Inshaallah kita jumpa di sana juga nanti, Ya Allah Ampunilah dia, Rahmatilah dia, Selamatkanlah dia, dan Maafkanlah dia. Semoga tenang di sana penghibur dan pelawak Abam Bocey. Innalillahiwainnailaihirojiun.

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Allah maha mengetahui perkara yang ghaib, segala rahsia Allah maha mengetahui. Semoga arwah diampunkan dosa dan ditempatkan disisi orang beriman. Alfatihah

    BalasHapus
  2. Innalillahiwainna ilaihi rojiun mmg terkejut bila dpt Tau lagi tadi

    BalasHapus

Posting Komentar