Hari ini hampir semua status di media sosial, bercerita pasal hal politik, ada yang tersenyum dan ada yang berduka muka masam (mungkin jawatan lantikan politik), sampai ke dalam lif orang bercerita, diorang punya gembira macam esok hari raya, yang sedih pula macam kematian bini. Permainan politik memang begini, Selagi belum ada keputusan, jangan la kemaskini status yang menghentam, mencaci, mengutuk, sedangkan keputusannya masih belum di ketahui atau berkemungkinan tiada apa apa yang berlaku (rombakan kerajaan), haha, cukup lah, jangan dikusutkan lagi, takut nanti korang juga yang rugi, masuk angin keluar asap.  Ahli parlimen hari ini bergaduh, esok dah boleh duduk minum semeja, yang di bawah pula (penyokong), bergaduh sampai mati tak bertegur siapa..hurm

Di dalam politik ini, ada jatuh bangun, janganlah mendabik dada dan sombong, ini semua bersifat sementara, pemimpin datang dan pergi, tunggulah keterangan rasmi dari pihak istana sama ada rombakan kabinet akan berlaku atau tidak.

Kos sara hidup meningkat, harga barang keperluan melebihi pendapatan menuju ke arah inflasi, banyak bil dan hutang yang perlu di bayar, barang dapur nak kena beli setiap bulan, jangan di sebabkan permainan politik orang atasan, hidup kita terjejas, percayalah ini semua sandiwara lakonan demi kepentingan diri,  Yang kaya terus kaya, yang miskin bertambah miskin. 

Permainan Politik Memang Begini
Sumber dari, Malaysia Kini

Ini bukan cerita pasal politik semata mata, saya hanya turut serta memeriahkan cerita politik yang berlaku pada hari ini sambil menikmati meggi kari kosong. Hurm

5 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. Pening kepala rakyat kalau ikut game orang politik nih :)

    BalasHapus
  2. Berdebar jg melihat pergolakan..

    BalasHapus
  3. permainan,

    dia bukan biasa...berbisa..

    tapi yelah, kita rakyat marhaen ni ibarat manusia dalam pertempuran alien vs predator..

    singgah sini, entri yang matang dan bermanfaat, sedap megi kari campur udang sayur tu tambah pulak ada cheese, terangkat..haha

    BalasHapus
  4. mmg.. kalau dah namanya politik kan.. uishh pening kalau nak layan

    BalasHapus

Posting Komentar