Aduh sekali lagi url link blog ini di sekat oleh Instagram dan Facebook, memang sedih kerana blog ini hanya berkongsikan hal personal dan keluarga, dan sedikit maklumat tips tutorial yang bermanfaat berkaitan komputer dan perisian asas, tiada pula artikel yang mengajak ke arah keganasan,kesesatan ataupun kejahatan. Kesian saya di perlakukan seperti ini, kalau tidak suka, janganlah pula sampai report blog saya content abussive ataupun sebaliknya.

Sedih la macam ini asyik kena sekat (block) je, boleh baca artikel pasal link blog kena sekat di instagram dan facebook di SINI. Ini merupakan kali ketiga domain blog ini di sekat. Tempoh sekatan paling lama seminggu, dan paling awal selama empat (4) hari. Lepas ini kena lebih berhati hati lagi dalam memilih rakan di facebook, Kena pastikan hanya rakan rakan di dalam circle life sahaja.

Jangan lah sewenang wenangnya report, cubalah rasional, kalau tak suka saya letak artikel blog di mana mana page atau di page facebook rasmi saya, anda semua boleh unfriend atau unfollow sahaja, habis cerita. Orang putih (mark zukerberg) ni tak faham, apa yang mereka tahu, apabila menerima report dari sebelah pihak, mereka akan terus menyekat pemilik akaun tersebut tanpa budi bicara, Harap pada kali ini, tempoh sekatan lebih cepat berbanding tempoh sekatan pada sebelum ini.

Sekali lagi URL blog kena report
Memang serik dan takut, lepas ini berkemungkinan, memang tak akan kongsi apa apa lagi, kalau korang nak info, boleh la terus ke blog ini, ingatkan dah tak kena sekat lagi, masih ada lagi manusia yang berperangai pelik, senyap senyap buat kerja jahat, selalu report je kerjanya, tak sangka di tahun 2020 ini, masih ada lagi budaya khianat dengki mendengki ini, ada sahaja yang tidak kena di mata mereka. Adakah ini yang di panggil santau online? haha.

Persoalan yang bermain di minda saya, takkan lah pasal tulis artikel berkenaan permainan kad donkey, kena report as abussive? Kasihani lah saya, janganlah serius sangat. 

2 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. So far tak pernah kena lagi maybe Mrs. A tak aktif sangat share kat FB. Like pun nan hado hahahhaa...

    BalasHapus
    Balasan
    1. Dah betul la tu Mrs. A...sabar jelah, entah siapa yang kianat..

      Hapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.