Umum semua tahu yang tempoh perintah kawalan pergerakan di lanjutkan lagi sehingga 14 April 2020, ini bagi memastikan rakyat lebih bersedia dan dapat membantu kerajaan sepenuhnya menangani virus berbahaya ini dengan mengikut saranan duduk di rumah (stay at home), kita masih belum selamat, marilah kita sama sama mendoakan agar virus ini pergi dari bumi Malaysia meninggalkan kita buat selama lamanya.
Inilah kehidupan sebagai manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang di beri, ada sahaja yang tidak kena, bila hujan turun, nak minta panas, bila panas menimpa nak minta hujan pula, sama juga seperti ketika bekerja, selalu nak minta cuti, tapi bila di berikan cuti panjang, rindu pula dengan pejabat Namun setiap yang berlaku, pasti ada hikmah, Allah turun kan penyakit, untuk kita muhasabah diri kita.
Walaupun tempoh kawalan ini dilanjutkan sehingga 14 April 2020, disarankan agar melakukan perkara yang bermanfaat di rumah, rumput yang panjang depan rumah tu, rajin rajin kan lah jenguk dan tebas apa yang patut, sekurang kurangnya dapatlah keluarkan peluh, boleh baca buku di internet, mantapkan lagi pengetahuan, cuma kepada orang melaka, harap bertabah kerana masalah catuan air masih tidak selesai lagi, padahal paras air di berberapa empangan sudah menunjukkan tanda tanda pulih dan air semakin memenuhi empangan. Payah betul bila air tiada di musim wabak penyakit berjangkit ini. Pada jumaat ini, akan ada pengumuman khas oleh perdana menteri bagaimana meringankan bebanan rakyat sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini.
Semoga sepanjang tempoh arahan perintah kawalan pergerakan ini, kita cekal dan tabah, duduk rumah dan hanya keluar bila perlu sahaja. Apa nak buat, kami dengar dan kami taat.
Posting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.