Assalamualaikum semua, apa khabar dan di harapkan semua sihat dan yang paling penting, jaga diri dan kesihatan, sentiasa patuhi SOP yang di tetapkan oleh pihak kesihatan, di nasihat elakkan berada di kawasan yang sesak dan sempit, jangan bersentuhan bersalaman mahupun berlaga tangan, cukup la sekadar meletakkan tangan di dada sebagai tunjuk tanda hormat. Bersama lah mengamalkan amalan norma baharu yang di luar dari kebiasaan harian kita.
Sebenarnya agak lama saya tidak membuat tutorial, posting kali ini berkaitan tutorial Cara Mudah Menjadikan Gambar Format PNG. Apa itu imej format PNG? pandangan saya, format PNG ini lebih kepada format portable versi baharu gabungan dua format JPG dan GIF. Format PNG ini dari erti kata yang lain dan mudah di fahami, ialah format gambar yang boleh hilangkan background putih, orang putih kata transparent. Cara untuk membuang latar belakang putih adalah dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop.
Kali ini, cara yang lebih baik dan mudah adalah dengan menggunakan perisian powerpoint, perisian powerpoint versi baru ini, adalah terbaik yang mana menampilkan fungsi tambahan seperti save format as ini, Mari kita lihat Cara Mudah Menjadikan Gambar Format PNG. memang sangat mudah rupanya. Langkah langkahnya untuk Menjadikan Gambar Format PNG adalah seperti di tunjukkan di bawah ini ;
1). Buka perisian powerpoint versi baharu 2020, seeloknya bagi slide yang sedia ada, untuk membina logo atau sebagainya tanpa imej belakang (transparent), di sarankan agar membuka file baru (new slide), seterusnya lukis atau letakkan sebarang objek contohnya seperti shape rounded rectangle (lihat rajah 1A) di bawah ini ;
2). Seterusnya, letakkan shape rounded rectange di mana mana kawasan di dalam stage putih di dalam powerpoint itu, (Lihat Rajah 1B di bawah)
3). Selepas itu, boleh tekan sekali pada shape tersebut, dan right click pada shape tersebut, akan terlihat SAVE AS PICTURE . dan seterusnya pilih format untuk save as kepada PNG.
4). Selepas pilih format PNG, seterusnya cubalah insert upload logo atau gambar tersebut di dalam slide kita. (Lihat Rajah 1C di bawah ini).
Posting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.