Selamat sejahtera semua, di harapkan semua dalam keadaan sihat dan patuhi prosedur kesihatan yang di tetapkan oleh pihak kesihatan, penularan Covid-19 seperti menunjukkan trend meningkat di berberapa negeri, duduk rumah dan tidak perlu keluar jika tiada urusan penting.
Okay, topik kali ini, saya hendak tunjukkan Cara Menukar Header Beez3 Joomla Templates . Ini adalah template default (standard) bagi aplikasi web Joomla. Bagi pembangun laman web yang ingin menggunakan template ini, anda boleh menukar header Beez3 template ini dan gantikan dengan banner yang baru dengan cara menimpa (overwrite) header yang lama. mudah sahaja. Jom kita lihat bagaimana Cara Menukar Header Beez3 Joomla Templates di bawah ini.
Pertama sekali, anda harus menggunakan fungsi Inspect Element dengan menggunakan pelayar web seperti Mozilla Firefox ataupun Google Chrome. Anda hanya perlu pergi lokasi kedudukan header yang terletak di bahagian atas, selepas itu, tekan kanan (right-click) dan cari Inspect element. Kenapa perlu inspect element ? dan apa itu inspect element ? Fungsi inspect ini, adalah untuk mengenalpasti lokasi fail header banner tersebut di letakkan. Boleh baca berkaitan inspect di SINI
Selepas menekan inspect, paparan seperti di bawah akan muncul, sila jangan panik, kerana akan terlihat koding.
Hanya perlu, mengerakan kursor ke header standard tersebut, dan inspect akan memberitahu, kedudukan lokasi header tersebut (lihat gambar di paparkan di atas). Di dalam linkungan kotak merah tersebut, header tersebut terletak di dalam folder C:// / Xampp/htdocs/namafolderwebanda / templates/beez3/images/personal/personal.png. Salin (copy) banner tersebut, dan letakkan di bahagian luar seperti di desktop anda, selepas itu, mulakan editing, kebiasaannya melalui perisian Adobe Photoshop.
Nama Fail header tersebut adalah personal2.png , apabila anda membuat header yang baru, pastikan saiz dan format adalah sama, kerana kita akan menimpa fail header yang lama dengan header yang baru. Anda perlu rename fail header yang lama tu, sebagai contoh personal2
tooold.png , dan bagi fail header yang baru, anda perlu meletakkan nama yang asal, iaitu personal.png. Pastikan kedudukan lokasi fail folder di letakkan di tempat yang betul (lihat gambar di atas).
Selepas siap proses menimpa (overwrite) header tersebut, sila tutup pelayar web dan refresh browser. Jika masih tiada perubahan. Korang boleh lah Clearkan Cache dan Cookies, dan cuba buka dua tiga pelayar web seperti Mozilla Firefox ataupun Internet Explorer. Insya Allah, cara ini mungkin dapat membantu anda untuk Menukar Header Beez3 Joomla Templates. Semoga berjaya dan harap bermanfaat.
agak pening membacanya hik hik... tq for sharing ye
BalasHapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.