Artikel kali ini ialah berkaitan bagaimana membuat rekabentuk grafik dengan pantas dan mudah menggunakan design template yang tersedia ada ataupun template design sendiri menggunakan platform rekabentuk grafik  berasaskan web iaitu Canva, sangat mudah di gunakan dan amat menjimatkan masa. Aplikasi ini adalah percuma untuk di gunakan, namun untuk tambahan yang lebih terbaik, anda boleh melanggan fungsi berbayar di Canva Pro.

Canva ini di reka untuk anda membuat rekabentuk grafik seperti Logo, Post Instagram, Kad Nama, Poster, dokumen atau sebagainya. Kadang kadang, saya juga menggunakan Canva untuk membina poster instagram untuk tujuan pemasaran produk perniagaan saya (marketing), benda percuma, kenapa tak guna kan sebaik mungkin? Tak perlu nak dapatkan ukuran sebenar saiz post instagram, guna Canva dan pilih sahaja template yang anda mahu. Kepada para usahawan yang ingin membuat design poster berkaitan tujuan pemasaran produk, boleh la menggunakan Canva dengan melayari Canva.com. 

Rekabentuk Grafik Mudah

Lebih mudah bagi yang tak reti menggunakan perisian grafik seperti Adobe Photoshop atau Illustrator. Photoshop agak terlalu teknikal dan amat memeningkan dan berserabut bagi yang tidak biasa menggunakan tools yang banyak , akan tetapi bagi saya, photoshop lebih terbaik dan lebih puas. Hehe, kaedah untuk membuat rekabentuk grafik di Adobe Photoshop boleh lihat di SINI

Mari kita lihat cara cara membuat rekabentuk grafik mudah dan pantas dengan menggunakan Canva.com di bawah ini.

Membuat Rekabentuk Grafik Mudah Dan Pantas
Layari Canva.com dan seperti yang di paparkan di paparan gambar di atas telah tersedia pelbagai templates dalam pelbagai format yang sebenar seperti Instagram Post, Poster dan lain lain lagi. Sila pilih template yang percuma. 

Membuat Rekabentuk Grafik Mudah Dan Pantas

Sebagai contoh, saya memilih template Instagram, dan akan di paparkan pelbagai kategori Instagram template seperti sales, foods, computer dan sebagainya. Pilih template yang anda mahu, pilih yang Percuma (Free), di bahagian template ini, ada dua jenis iaitu percuma ataupun berbayar. (Gerakkan kursor pada template yang anda inginkan untuk melihat samaada percuma ataupun berbayar).

Membuat Rekabentuk Grafik Mudah Dan Pantas

Jika anda mahu mengubah layout template, anda hanya perlu gerakkan kursor pada template tersebut dan tekan sekali atau right-click untuk mengubah (lihat gambar di atas yang bernombor 1). Jika anda ingin memasukkan template anda, di sebelah kiri terdapat menu uploads (Nombor 2). Jika proses edit rekabentuk grafik anda telah selesai, anda boleh muat turun dengan menekan butang download.

Mudah kan? Cuba lah membuat rekabentuk grafik menggunakan Canva. Semoga berjaya dan selamat mencuba.

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

  1. menarik ni :)

    Keputusan GA dah keluar :)

    https://ejulz.blogspot.com/2020/12/keputusan-giveaway-by-ejulz-faizzahamir.html

    BalasHapus

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.