Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca, ini adalah artikel yang terakhir bagi tahun 2020, Insya Allah tahun depan saya akan kembali menulis di blog ini, artikel yang terakhir ini berkaitan tutorial bagaimana Mengawal Iklan Yang Tidak Sepatutnya di dalam akaun Google Adsense. Ini adalah salah satu cara bagi meningkatkan pendapatan dan seterusnya meningkatkan jumlah pengunjung yang ramai ke blog kita. Apa bila pengunjung melihat iklan yang tidak sepatutnya sebagai contoh iklan lucah, secara tidak langsung, akan menimbulkan persepsi yang negatif dan berkemungkinan mereka tidak lagi berkunjung ke blog anda.  

Kreadibiliti artikel, penulis dan blog merupakan elemen yang sangat penting untuk memastikan blog sentiasa di kunjungi, untuk memastikan blog sentiasa di senangi oleh pembaca, kena lah kawal kualiti iklan yang di paparkan secara automatik, tutorial ini adalah untuk blog yang telah mendapatkan kelulusan google adsense untuk memaparkan iklan. Pernah juga, ada berberapa pelajar kelas komputer saya yang screenshot saya kenapa di dalam tutorial ada iklan ubat kuat, besarkan alat sulit dan iklan judi haram, dan yang paling kelakar, apabila ahli politik kerajaan mesej saya, mereka menuduh saya orang kuat Anwar Ibrahim, teruk jugalah saya di maki hamun dengan panggilan Pengkhianat.  Allah, sesungguhnya bukan niat saya sebenarnya untuk memaparkan iklan yang sensitif di dalam suatu artikel yang berkualiti. Maafkan saya dan cuba jugalah cari penyelesaian bagaimana untuk Mengawal Iklan Yang Tidak Sepatutnya di dalam blog.

Mari kita lihat cara cara untuk Mengawal Iklan Yang Tidak Sepatutnya di bahagian bawah ini, sangat mudah dan berkesan, iklan iklan mengarut, politik dan lucah tidak lagi keluar sewenang wenangnya di blog saya. 

Mengawal Iklan Yang Tidak Sepatutnya

Sebelum kita mempelajari cara cara mengawal iklan google adsense yang akan di paparkan di blog kita, bagi pengguna Nuffnang, juga boleh mengawal iklan yang tidak sepatutnya, cuma tidak terlalu detail, boleh memantau dan mengawal di bahagian Setting ads.

Mari kita lihat bagaimana untuk mengawal iklan yang tidak sepatutnya di Google Adsense, pertama sekali, anda boleh login akaun google adsense masing masing (bagi yang telah mendapat kelulusan), dan seterusnya, di sebelah menu kiri, cari Blocking Controls (lihat paparan gambar yang di tunjukkan di atas), iklan akan di paparkan di bahagian ini, terpulang kita sama ada mahu menyekat atau pilih. Cari mana mana iklan yang sensitif dan jika mahu menyekat (blocking),  boleh tekan di blocking mode (lihat gambar yang bertanda 1). Jika anda ingin select (pilih) iklan, tekan butang select (lihat gambar di atas yang bertanda 2), seterusnya tekan butang Mark All As Reviewed. 

Ok itu sahaja, Mudah kan cara untuk mengawal iklan yang tidak sepatutnya dari di paparkan di blog kita ? Bagi pengguna Adsense, boleh la cuba cara ini, semoga berjaya dan harap artikel ini bermanfaat. 


Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.