Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca dan rakan rakan bloggers, seperti yang di janjikan, pada hari ini iaitu 24 Disember 2020, saya akan mengumumkan pemenang Giveaway Never Grow Up, walaupun sambutan penyertaan Giveaway anjuran saya pada kali ini agak tidak memberangsangkan namun selepas berbincang dengan pihak penganjur iaitu Never Grow Up, sama ada ingin meneruskan atau tidak Giveaway ini ? Pihak penganjur tetap mahu meneruskan juga walaupun tidak ramai yang menyertai.
Sebenarnya lagi kurang penyertaan lagi susah nak tentukan siapa pemenang walaupun menggunakan online random.org. Jumlah penyertaan bloggers yang menyertai Giveaway Never Grow Up ini adalah seramai enam (6) orang bloggers, boleh lihat senarai peserta di SINI . Syukur masih ada juga yang sudi menyertai. Hehe, Tahniah saya ucapkan kerana sudi meluangkan masa dan menyokonh Never Grow Up. Sebelum saya mengumumkan pemenang Giveaway ini, saya nak mengucapkan Selamat pengantin baru kepada salah seorang tulang belakang di dalam Never Grow Up iaitu Saudara Fem. Semoga berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat. Amin
Kepada yang menang, tahniah saya ucapkan, dan kepada yang tidak menang, mungkin tiada rezeki pada kali ini, anda semua memang terbaik, orang putih kata awesome. Teruskan menyokong Never Grow Up, misi mereka hendak mencapai 500 subscriber. Semoga di permudahkan ya Fem dan Syuk, moga tercapai hajat korang.
Ok, bahang semakin terasa, Peh, dah macam Konsert Gegar Vaganza pula ya, haha, ok, mari kita lihat pemenang di tempat yang kedua, yang akan membawa pulang, hadiah wang tunai sebanyak RM 30.00, korang jangan terkejut dan harap tabah, keputusan semua di tentukan secara atas talian. Pemenangnya ialah di senarai No.2. Tahniah bagi pemenang yang berada di senarai bernombor 2. Proses tuntutan wang tunai, boleh whats app saya di SINI
Alhamdulillah..ada rezeki saya,terima kasih ya =)
BalasHapusTahniah semua
BalasHapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.