Assalamualaikum, saya nak kongsi kan tutorial nampak macam tak berguna dalam kehidupan, tapi sebenarnya memberi ilmu yang sangat berguna, kerana apa? kerana ilmu ini penting di tahun abad 20an ini kerana semakin hari kita semakin diajar menggunakan sistem tanpa tunai (cashless), penting atau tidak, sekurang kurangnya kita wajib tahu. 

Adakah anda semua pernah mengalami di mana ter top-up (tambah nilai) di dalam e wallet anda seperti aplikasi ketiga seperti boost ataupun Grab? Saya banyak kali tertambah nilai tanpa sedar sedangkan hanya sekadar cuba mencuba, beli makanan nya sekali je, tertambah nilainya lebih, hehe, dan baki yang ada, di biarkan begitu je la, nak beli makanan, baru guna, dan seperti biasa tertambah nilai lagi, haha.

Kisahnya, bila tiba waktu hujung bulan sementara menunggu gaji pada hujung bulan, seperti biasa lah tengah kering, saya akan cuba cuba melihat mana mana akaun bank atau mana mana aplikasi seperti grab, dan setel, yelah mana lah tahu ada sisa sisa baki wang yang boleh di gunakan, jika masih ada nilai wang, boleh lah guna untuk tujuan belanja makan di pejabat, tuang minyak kenderaan,  belanja anak anak beli mainan atau beli apa yang patut seperti bawang, kentang dan lain lain.  


Masalah utamanya, baki ada di dalam eWallet seperti grab, tapi macam mana nak transfer ke akaun bank? memang pening sebab tiada butang transfer balance, sebaliknya tertambah nilai lagi adalah, Seperti di akaun eWallet Grab, saya telah menghadkan nilai sebanyak RM500, dan apabila tekan link to account, maka akan secara terus tambah nilai mengikut amaun yang kita tulis. Allahuakhbar...

Jika tekan butang send ke nombor telefon, transfer akan sukses, tapi bukan ke dalam akaun bank, malah akan masuk ke dalam akaun aplikasi grab ewallet mengikut nombor telefon tersebut. Mesti ada cara untuk transfer duit Grab ke dalam akaun bank. Tak akan la tiada cara. Selepas try and error (nilai makin bertambah) haha, akhirnya saya jumpa jalan penyelesaian. Ternyata sangat mudah...

Okay, Cara Untuk Transfer Duit eWallet Grab ke Akaun Bank ialah yang pertama sekali :

1) Pastikan anda mempunyai akaun TnGo ewallet yang sah. 

2) Buka aplikasi TnG eWallet anda, pergi ke Profile anda dan pilih register as Merchant di TnGo ewallet. Anda boleh pilih sebagai perniagaan atau sebagai individu. Sekiranya tiada SSM, pilih je sebagai individu. Sebagai contoh, saya ada SSM, boleh daftar kedua duanya sekali.

3) Masukkan nombor akaun Bank anda yang betul. kemudian tunggu pengesahan dalam tempoh 30 minit atau selewat lewatnya satu (1) hari.

4) Kemudian di TnGo Wallet,  activekan Duit Now sahkan nombor telefon.

5) Selepas pengesahan merchant, request dashboard merchant, dan kemudian pilih Merchant Dashboard dan pilih Business QR Code, save QR DuitNow tersebut minta siapa siapa snap kan gambar atau boleh print, dan buka akaun wallet Grab anda, pilih Payment, dan kemudian tekan pada payment, dan SCAN TO PAY.

6) Scan QR DuitNow TnGo tersebut dan masukkan nilai amaun, selesai. (lihat gambar di bawah) ;

Cara Untuk Transfer Duit Wallet Grab ke Akaun Bank

Ini lah penyelesaiannya, dan saya telah mendapat duit baki wallet grab tersebut. Alhamdulillah, cuma lewat sedikit kerana bukan berkonsepkan Instant Transfer , kerana kalau melalui TnGo Wallet, kaedahnya lebih kerapa IBG Transfer Fund. Kena tunggu sekurang kurangnya 2-3 hari waktu bekerja.

Tapi tadi, tiba tiba dapat ilham selain daripada menggunakan wallet TnGo, teringat pula QR DuitNow Maybank, kenapa lah tak terus scan to pay ke akaun DuitNow Maybank je. Emm...bagus juga tu nanti boleh lah cuba, nampak macam pantas sikit, sebab aplikasi Maybank tu memang dah sedia ada. tak payah la nak follow step by step 1 hingga 6 seperti dalam wallet TnGo. 

Namun begitu, ini lah penyelesaian yang sangat bagus. Ilmu Cara Untuk Transfer Duit Wallet Grab ke Akaun Bank saya kongsikan bersama. Korang boleh lah cuba, mana yang nak transfer baki dalam wallet grab ke akaun bank, boleh cuba. Selamat Mencuba.




Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.