Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca, pejam celik sekejap masa berlalu, kita sudah melangkah ke tahun baru versi orang putih, how time flew fast , umur semakin meningkat dan ada berberapa kawan yang telah pergi meninggalkan saya, tiada apa yang mengembirakan saya sebenarnya apabila memasuki tahun yang baru melainkan sentiasa mengingatkan diri sendiri ke arah kebaikan dan menjauhkan diri daripada perkara buruk.
Anak anak pun semakin membesar menuju alam dewasa, kehidupan semakin mencabar dengan kenaikan harga barang seolah olah tidak akan menurun, jadi, azam saya di tahun baru, selagi ada masa terluang, tidak boleh bersantai santai, selagi boleh menjana ekonomi dan pengetahuan, gunakan peluang yang ada sebaik mungkin.
Jika bukan dari segi penambahan ekonomi, sekurang kurangnya memperolehi pengetahuan yang baharu, maklumlah semakin tua semakin menjadi pelupa, It is true, sad but true. Seperti kata pepatah cendekiawan islam, Harta jika di belanjakan akan habis perlahan lahan, sedangkan Ilmu pengetahuan apabila kita 'membelanjakan' akan memberi manfaat kepada diri kita sama ada kita memberi ilmu atau mencari atau menerima ilmu.
Banyak kisah duka pahit manis berlaku pada tahun 2022 yang meliputi urusan syarikat, kesihatan, ekonomi dan sebagainya, dan itulah namanya kehidupan, seperti biasa jatuh 3 kali, bangkit 10 kali. Life must go on, di setiap dugaan ada hikmahnya. kembali dan mohon rezeki kepada Nya. Kalau kita sentiasa ingat padaNya, pasti memperolehi kejayaan, yang penting sabar, tawakal, dan terus berusaha.
Semoga kita semua di limpahkan rezeki yang tidak terhingga di tahun 2023 dan sentiasa di berkati, kita sudah tidak punya masa.
Posting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.