Salam semua, masih dalam mood beraya lagi ke? walaupun sudah habis raya hehe. Alhamdulillah, tahun ini mewah juadah dan undangan, setiap hari lima (5) ke atas undangan, ada yang sempat pergi, ada yang tak sempat nak pergi, maklumlah perut kecik tak boleh makan banyak, tak tahu lah kenapa, dan letih dengan sesaknya jalan raya, jem je manjang. Tension jugalah..

Saya dan keluarga biasanya, sebelum ke mana mana open house, kami makan dulu siap siap di mana mana kedai, dah separuh kenyang, barulah ke rumah terbuka, maklumlah, jika melibatkan undangan rumah terbuka biasanya ramai sehinggakan banyak juadah yang kebanyakkannya hampir habis dan paling menyedihkan kena beratur panjang. 

Kesudahannya apa pun tak dapat, anak anak pun tak selesa, maklumlah jenis yang home type, hehe, lebih elok makan dulu di mana mana kedai atau masak dulu di rumah. Korang macamana ok tak raya tahun ini?

Tahun 2023 ini, makin berumur saya hampir menjangkau ke umur 40 an, Allahu, kejap je kan masa berlalu. Kalau boleh tahun ini, tak nak absorb masalah dari orang lain, nak yang positif je, tenang dan sempurna. Malas nak fikir masalah sangat..

Nak fokus kerja, mantapkan lagi ilmu pengetahuan yang baru, dan kecik kan circle dalam berkawan. Taknak yang negatif negatif, pening kepala. Saya masih lagi buat kelas tuisyen komputer terbuka kepada mana mana lapisan umur, dari pelajar sekolah, pelajar IPTA/IPTS remaja, dewasa mahupun kepada yang sudah berumur. Boleh hubungi saya di talian 016 6474201. Sejak menjadi tik tokers ni, banyak juga perkara perkara baru yang saya telah belajar, seronok juga, kalau niat kita bertujuan baik dalam bertiktok, maka baiklah ia, orang putih kata, Once you set your mind, the body will follow. Tingkatkan Kualiti Diri dan Kehidupan. 

Tingkatkan Kualiti Diri dan Kehidupan Kita



Sebenarnya semakin hari semakin kita ketinggalan, manfaatkan diri kita sebaik baiknya..

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.