Pada mulanya, rasa macam tak nak update pasal kisah trip lawatan saya ke Hatyai, cukup lah sekadar dalam ingatan dan kenangan manis, tapi atas berberapa faktor ekonomi negara kini, boleh lah saya kongsikan sedikit sebanyak pengalaman selama empat (4) hari di Thailand.

Secara totalnya, trip selama (4) empat hari ni memang tak cukup, sebab penat, naik bas kan, 1 malam panjang dah rugi sebab perjalanan ke sana jauh, patut seminggu di sana baru best, puas berjalan, hehe. Secara ekonomikal dari segi makanan, pengangkutan di sana memang sangat murah gila, syurga segala makanan, baik yang haram mahupun halal, cuma kena bijak memilih kedai, jangan pula tersalah makan.

Yang paling lucu, kedai paling 'top' di sana adalah 7e. Kalau kat Malaysia orang tak pandang sangat pun, sebab banyak lagi pasaraya yang jual produk yang sama, yang special nya 7e thailand ini, di sana ada daging burger segera, ada ayam, daging dan ikan. anak anak pun suka makan, panaskan dalam ketuhar dan siap untuk di makan. murah betul, hampir RM 100.00 jugalah saya borong daging burger segera ni, siap beritahu lagi dengan pemandu bas, jangan lupa singgah kedai 7 eleven yang jual daging burger segera. Haha.

Bila waktu malam di lorong lorong berhampiran hotel, ramai gadis yang peramah pula tu..haha. Jangan fikir bukan bukan ya, sangka baik je.

Kisah Saya di Hatyai Thailand

Ada juga berberapa tempat yang saya pergi di Hatyai, antaranya seperti di Floating Market, apa nama dia entah, lupa. Nama melayunya, pasar terapung, ala yang atas sampan orang jual makanan tu, emm..saya beli kuehtiaw lengkap dengan udang galah, tiga ekor udang besar pula tu. Harga dia? Tak sampai RM 6.00, duit thailand dalam 55 bath. 

Di thailand segala galanya murah, dari pengangkutan jalan sehingga makanan, kecuali minyak kenderaan, di sana kalau tak pandai jaga diri, memang akan 'terbabas' dan hanyut. Kerana ada yang haram di malaysia halal di sana. 

Kisah Saya di Hatyai Thailand


Pandai pandai lah, cuma nurkilan saya pada kali ini iaitu Kisah Saya di Hatyai Thailand, cuma nak beritahu, di Thailand kos sara hidup rakyat di sana memang super padu. Tak perlu pakai helmet di jalan raya, ramai orang malaysia buat bizness di sana. tak tahulah kenapa di Malaysia serba serbi mahal.

Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.