Salam semua, semoga semuanya sihat sentiasa, di berikan kesihatan yang baik juga rezeki yang tidak ternilai kurniaan dari Allah S.W.T, dalam kekurangan segala galanya, tidak kah kita sedar yang rezeki Allah tu datang dalam pelbagai bentuk. 

Tahun ini walaupun tahun yang mencabar bagi saya, haha tak lah mencabar sangat sama seperti kebiasaan tahun tahun sebelum ini, apa yang mencabar? definisi tu bagi saya kesan ekonomi yang bergerak perlahan di awal tahun 2024. Mungkin kesan dari ekonomi global, atau?

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk


Tetap bersyukur di berikan kesihatan yang baik, anak anak yang sihat tidak meragam, dan apa yang saya impikan tercapai, yang penting sabar, bukan hari ini, kita minta, kita dapat esok, kenalah sabar dan yang penting usaha dan seterusnya Tawakal.

Saya teringat pesan Ayah, in life, you must action and take a risk. Make a decision for you life, betul hidup di dunia ini terutamanya zaman sekarang, kena berani, berani ambil risiko, dari situ, kita akan belajar erti kegagalan ataupun kejayaan. 

Jangan duduk diam dan tiada usaha. Teruskan membuat baik kepada semua orang, jangan iri hati dengan orang lain, rezeki Allah dah tulis bahagian masing masing, yang penting, kita ingat tak pada DIA? Makin maju teknologi, makin luas lah pendapatan, teruskan belajar tanpa kenal erti penat. Manfaat masa lapang dengan perkara yang berfaedah, kalau tak tahu apa nak buat, baca lah buku.

Tahun ini juga saya jumpa student perempuan yang pelik perangainya, memang betul menguji emosi saya, sepanjang mengajar dari tahun 2007 sehingga 2024, belum pernah saya jumpa student macam ini. tak tahulah dia makan apa sepanjang hidup dia, susah betul nak faham dan dah terangkan konsep yang paling mudah di fahami lengkap dengan modul. Tapi budak ni, tak tahu lah otak dia letak di mana. Memang menguji saya.  Nanti saya cerita di post yang seterusnya, Sebab kesian, saya bantu juga lah, sebab untuk masa depan dia, tapi, dia tak pernah usaha untuk majukan diri dia. 

Setiap malam tak boleh tidur, semata mata nak fikir macam mana kaedah nak fahamkan budak ni. Saya tak berkira pasal bayaran berapa nak beri, sepanjang mengajar, memang tak cukup pun, tapi sebab tanggungjawab nak bantu budak ni.  Peninggggggggg oi... 

1 Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.

Posting Komentar

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.