Assalamualaikum, terkadang kita selalu fikir yang kita ni serba tak cukup, lepas satu-satu hal, masalah tak pernah putus, ada sahaja, dalam fikiran kita ada sahaja yang tak kena.
Hidup ni, kena sentiasa keluar, keluar tu apa maksudnya? sekali sekala lihatlah di sekeliling kita, boleh jadi mereka melihat kita dan teringin memiliki apa yang kita ada, begitu juga kita, ingin seperti mereka, ingin memiliki apa yang mereka ada. Bersyukur lah dengan apa yang ada.
Begitu juga dengan penulisan dan idea melukis atau merekabentuk (design). Untuk melahirkan idea dan kreativiti, kita perlu melihat idea dan hasil lukisan orang lain dan sebelum kita mengusahakan sesuatu perkara, betulkan mindset (fikiran) kita dahulu.
Yakin dan percaya kita boleh buat, selepas itu, barulah di iringi kemahiran dan usaha. Pernah di tahun 2013 semasa mengajar Kelas Asas Adobe Photoshop kepada belia dewasa, ada seorang pelajar ini, mempersoalkan versi perisian (software) yang saya gunakan untuk mengajar, sedangkan pelajar tersebut menggunakan versi yang paling terkini, sebagai contoh, versi pada ketika itu telah pun CS5, dan saya pula menggunakan Versi CS3.
Pelajar itu mempersoalkan saya dan tidak yakin dengan kemampuan saya hanya kerana saya menggunakan versi yang ketinggalan.
Jawapan saya pada dia secara spontan, ini bukan soal versi terbaharu atau tidak, soalnya, sehebat mana sekalipun diri kamu, jika kamu tidak berdaya kreatif dan tiada idea terkini, sombong angkuh apa guna kamu di sini? adakah kamu mahir membina laman web dan ePoster di dalam perisian ini? Adakah kamu mahir proses membina Animasi?
Terdiam seketika pelajar itu, dan hanya mengelengkan kepala dan di akhirnya, dia mendapat suatu ilmu di mana tidak terjangkau oleh akalnya, tidak pernah terlintas di fikirannya yang perisian tersebut mampu menghasilkan output seperti itu.
Saya memberitahunya, apa yang kamu pelajari petang ini, bukan kerana versi siapa paling terkini, tiada apa pun perubahan ketara modul lama dan baharu, Apa yang kamu ada, pun kamu tak pernah nak ambil tahu dan mencuba, jadi tidak perlu hendak mempersoalkan berkaitan versi. Luaskan pemikiran mu, dan belajar dari melihat design orang lain, dan mempunyai passion dan minat untuk melaksanakan sesuatu. Itulah proses ..
Hidup ini kena sentiasa belajar dan terus belajar, zaman sekarang, mencari maklumat sepantas dengan hujung jari sahaja. semua bergantung kepada mindset dan apa yang kita mahu. Sentiasa lah mencari maklumat dan improve diri kepada lebih baik dari hari ke hari, jangan sempitkan otak hanya dengan bergantung semata mata dengan orang lain.
Bersemangat atau tidak melaksanakan sesuatu?
Setiap Orang Bertanggungjawab Dengan Dirinya Sendiri. Niat kita hidup ini sebenarnya untuk apa? atau niat kita memulakan sesuatu kerana apa? Tak faham bertanya, kalau sombong dan malu, sesat jalan, dan bagaimana kita hendak menghadapi kehidupan seterusnya yang semakin mencabar?
pelajar zaman sekarang ni lain macam ya...berani tu bagus tapi kena ada adab juga rasanya
BalasHapusPosting Komentar
Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.
Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.
Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.