Selamat Datang Disember, Dalam diam kita sudah semakin menghampiri hujung tahun dan ke Tahun yang baru...semakin tahun, cabaran semakin menguji kesabaran dan Syukur Alhamdulillah, Allah beri setiap masalah itu penyelesaian dan diselesaikan satu per-satu. 

Yang penting..bagaimana cara kita handle masalah itu dengan tenang. 

Kuncinya adalah sentiasa meminta pandangan, sentiasa ingat pada-Nya, lihat semula circle persekitaran rakan rakan kita dan sabar. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Allah itu maha mengetahui.

Bulan lepas bawa emak berjalan jalan di Desaru JB. Percutian ini memang tak jangka, dan cuti-pendek. Perjalanan ke sana lebih panjang dari stay dekat hotel. Haha, namun..bak orang kata jauh perjalanan luas permandangan. Itu sahaja waktu yang free dari Jadual. Tapi bila kita manfaatkan setiap saat dan waktu bersama itu, terasa puas dan lama. Serius. 

Percutian Bersama Keluarga di Desaru


Semoga kita semua dalam keadaan sihat walafiat, sentiasa dipermudahkan segala urusan. 

Selamat tinggal November dan life must goes on. Terus kan kehidupan..


Post a Comment

Sila gunakan bahasa dan ayat yang mudah di fahami dan sila guna nama yang sebenar, sebarang komen dari anonymous (TIDAK DI KENALI UNKNOWN atau Tanpa Nama), tidak akan di luluskan serta akan di auto remove serta merta oleh pihak penulis.

Tolong jangan meletakkan hyperlink (hidup) di ruangan komen. Untuk Mengelakkan dari Crawl Error atau Broken Link. Terima kasih, kerana memberikan pandangan, komen, kritikan dan teguran.

Akan ditambah baik dari semasa ke semasa, Terima Kasih.